bawah atas bawah atas

sekarang kau di atas
sekarang aku di bawah
kau tinggi martabatnya
aku rendah tarafnya
ya
kau layak pandang aku rendah
aku harus pandang kau dongak
kita berbeza dari semua segi adanya
aku kagum dengan kau
aku hormat dengan kau
tapi
janganlah kau lupa
esok masih ada
jika panjang umur
janganlah kau alpa
takdir bukan kita yang tulis
hargailah apa yang kau ada
janganlah kejar apa yang tiada
takut nanti yang disisi bersepahan
terkedu nanti
aku hanya mengingat
bukan iri hati
cuma mengingat
kerana dulu aku pun pernah di atas
kerana dulu aku pun pernah merasa

Tiada ulasan: