Duduk berteleku di sudut
Memerhati gelagat manusia
Yang sedang berada di tengah
pentas
Yang sedang menikmati masa
gemilang
Memerhati betapa rakusnya
mereka
Memerhati betapa tamaknya
mereka
Memerhati betapa busuknya
mereka
Memerhati pelbagai segala
tindak tanduk para jahiliah
Yang bertopengkan binatang
Matlamat menghalalkan cara
Yang pasti hasil, memuaskan
hati binatang mereka
Dia memerhati segala inci
Dia memahami segala perasaan
Dia hanya memerhati
Mereka tidak sedar dia
memerhati mereka
Sehingga
Dia mara
Membunuh semua kejahilan
mereka
Mereka termanggu merenung dia
dia yang dulu duduk di sudut
megah berdiri di tengah
pentas dunia
kini giliran mereka memerhati
dia di sudut
menunggu masa mara merebut
tempat
menunggu masa dia jatuh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan