TIDUR-TIDURAN SAYANG

minah tersedar dari lena
minah bermanja-manja diatas tilam empuk pemberian abah
minah bermalas-malasan,rasa tidak ingin bangun dari tilam empuk itu
minah rasa tidurnya sangat singkat,mana cukup untuk menganti tidur yang lama
minah ingin tidur lagi,entah mengapa sekarang minah suka tidur
bagi minah,tidak mengapa.
minah tidur lama,tiada siapa yang mencari
minah termenung menatap siling
minah pandang kiri kanan
minah nampak wajah-wajah insan tersayang
minah kata "ehh..semua ada?"
mereka hanya tersenyum pada minah
minah kaget
satu demi satu wajah tersayang menghilang
minah cuba gapai mereka
namun mereka tetap meninggalkan minah
minah menangis
minah meratap
tiba-tiba
seorang insan tersayang berkata
"jangan menangis..kau kuatlah semangat..walaupun kau seorang..kami tetap ada..dalam hati kau"
minah terjaga dari lenanya
minah pandang kiri kanan
minah lihat ibu,abah,abang,akak,kawan-kawan mengelilinginya
minah tanya "ini betulkan?"
ibu minah meratap..bapa minah titiskan air mata
mana mungkin tidak menangis lihat anak tercinta bangun dari lena yang panjang
berdoyon-doyon cuba memeluknya..memberi hangat badan kepadanya..mungkin
dia keliru,,dia tersedar
rupa-rupanya
dia bukan bangun tidur seperti biasa
bukan tidur seperti tidur yang hari-hari dia abaikan,terlalu mengejar dunia
minah baru faham erti "mimpi" sebentar tadi
minah tersenyum,,minah sudah tahu
minah telah abaikan rasa cinta,kasih dan sayang yang minah ada
minah hanya tutupkan mata hati,tidak mahu melihat
minah pasang cita
minah sekarang tidak lagi seperti dulu
minah sekarang,minah yang hargai rasa yang ada.
TERIMA KASIH