lelaki

lahir ada wang
tapi
tetap rasa kurang
ibu pilih kasih..adik - adik dibelai
dia dipinggir..ayah tidak kisah
ibu bapa kawin atas tuntutan
mana timbul cinta
dia jaga diri sendiri
kadang - kadang kena jaga adik
tapi
bukan kekal lama hati lelaki
memberontak,,mahu bebas
lalu larilah diri ke bandar
tinggalkan semua
persetan semua itu
bebas itu utama
perlu cari wang
ingin sara diri
makan pakai harus cari
mula ikut budak gelendangan
cari wang jual tiket wayang
tanpa duga masuk kumpulan
jadi ketua
maka timbullah suasana hidup baru
bermandi dengan air setan
bergelumang dengan kupu kupu malam
berpesta dengan darah manusia
tidak kenal agama
tidak tahu adap
tika itu sudah ada ramai
rakan malah juga musuh
keliling pinggang
arhhhh
lama lama bosan
maka
bermulah kisah
bila
lelaki ini bertemu perempuan itu

Tiada ulasan: