sayang
bertahun sudah kita bersama
mengharungi suka duka
kita bahagia
tiada apa yang kurang
tiada wang tidak mengapa
asal ada dikau sayang
sayang
ku telan rasa pahit
untuk hidup bersamamu
senyummu bukti kebahagianku
tangismu hasil deritaku
banyak dugaan
hampir pisahkan kita
sayang
ku bahagia hidup denganmu
kau segalanya
kau penuhi diriku
kau adalah sebahagian diriku
tanpamu hancurlah diriku
kau fahami diriku
ku bersyukur kau lah pemilik tulang rusuk itu
sayang
jika kita bisa hidup selamanya
ku mahu hidup denganmu
namun itu tak mungkin berlaku
ku redha dengan ketentuanNYA
walaupun pahit ku terima
ku telan jua
sayang
ku tinggalkan dirimu
semoga berjumpa di sana
bahagia selamanya
sungguh cintaku hanya untukmu
sayang
kau lah teman sejati ku
dunia dan akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan